Monday, December 31, 2012

pabila graviti menghenyak diri

Assalamualaikum ^^ 


kah..kah..kah


tak nak buat pendahuluan.

khas untuk semua, actually aku xsuka mkn spaghetti ! gheti tak ? tp kau suruh jugak aku makan. aku terpaksa mkn =.= aku bukan ape, aku rase pelik benau rase dia. huhu . terima la hakikat bahawa lidah aku nie lidah orang kampung. 

ah lupekan pasal spaghetti bolognese or carbonara.

aku nk bersajak malam nie. please jgn gelak, ini serius !

Pabila Graviti Menghenyak Diri.

aku menjauh bukan semata-mata kerana benci, 
bukan kerana aku tak sudi lagi,
dan langsung tak bermakna aku telah mati,

aku masih di sini,
di bumi Allah yang maha menyayangi,
aku mencari diri di pelosok yang tersembunyi,

tolonglah fahami,
jangan terus menghakimi,

saat graviti menghenyak diri,
diri terasa xmungkin untuk bangkit lagi,
yang mampu hanyalah untuk menangisi,

sesungguhnya aku masih menyayangi,
berikan aku masa untuk mencari kesilapan diri ini,
agar tak bisa aku ulangi,

kini aku hanya sendiri,
di temani DIA disisi,
dan aku berdoa agar diri ini DIMAAFI.


p/s : saat aku terjatuh, janganlah hanya berdiri di sisi, hulurkan tangan dan pimpinlah aku. kerana saat itu, dunia seakan kelam, otak hilang fungsi dan seakan jantung berhenti :)








Tuesday, November 6, 2012

serabutnyer, banyaknyer masalahh ! hm

salam,

ya allah stressnyer
stress sgt2 !
byk masalah dtg bertimpa2
xlarat, hm

nape la aku bukan jenis kuat mcm dulu
xley nk pkir mnde dh otak aku skang nie

mkn minum aku boley lupe
tp masalah sesaat pun xley lupe 
mcm2 cara dh aku bwat tp xley gak T..T
mungkin aku bukan jenis hati kering 

ptg nie nak balik kampung
nk tenangkan pikiran
kdg2 ase mcm nk je nangis depan mak
nak luahkan segala yg terbuku kt hati nie
tp xsanggup, xsanggup nk bebankan dye dengan masalah aku

kdg2 aku rase ya allah lenyapkanlah aku dari dunia nie
supaya aku tak perlu nk menghadap sume nie lagi
tp xboleh
hidup kene teruskan gak
(termenung panjang..)

ya allah tenangkanlah hati ini, lapangkanlah fikiran aku
teguhkanlah iman aku, tabahkan aku dalam menghadapi ujian & dugaan ini

p/s: doakan aku supaya aku oke, doakan aku tabah k. 


Sunday, November 4, 2012

keindahan matematik


Assalamualaikum..

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888



Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ


Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%



TAMAT

Saturday, October 20, 2012

rasa terharu la pulok ^^

assalammualaikum ^^

nak tahu tak tadi tiba2 rasa mcm nak check nuffnang, lepas tu try la godek2 sikit nak tengok UV, KEYWORDS & REFERRALS.

pastu tengok, aik apesal ade referral dari blog bro prince noob plak nie? dah mcm pelik kt situ. aku pun try la bukak link referrals, tengok tajuk SEGMEN TERJAH BLOG AWEKZ, haih biar betol blog aku kene review ? scroll bawah "mak aihh mmg betol la !!" hahaha.

serius cam xcayo ! sbb aku bkn aktif sgt berblog nie, ataupun senang citer aku nie dlm kategori passive blogger, haha yela kot. ade mase & idea baru la aku up entry. mmg jarang sgt la, dlm sebulan aku rase ade la dua, tiga kali aku up entry. dulu rajin la jugak, semenjak da keje nie, aduihh malas betol. huhuhu

da lame da bro prince noob review blog aku, tapi baru skrang aku perasan, sengal tol aku nie, huhu

ha kt sini la aku terperasan ade referrals dari blog buasir otak ;D

 segmen terjah blog awekz

aku yg tengah2 tu, adess rasa malu lak. kih3




p/s : tq to blog buasir otak sbb review, tq sgt2 !!

Wednesday, October 17, 2012

aku terima nikahnya ahad baru nie

assalammualaikum ^^


ngeh ngeh ngeh :D tajuk kemain lagi kan, macam nk cakap aku pi menikah jer padahal, xhaderr mknenyer. huhu . aku pegi tgok muvie "aku terima nikahnya" ptg ahad baru nie. xplan pun nak pegi, tbe2 mber2 ajak, aku pun laju jela nak pegi. sebab aku suke sgt2 nora danish & adi putra berlakon, sukee gilerr !

ktorang ambik tiket kul 6.25pm, sebelom masuk beli bekal chicken hot dog sorang satu, masing2 kebulur balik keje xmakan. nmpak kemalasan nak masak kt ctu ehh . hihihi. 

bagi aku citer nie agak besh la jugak, tp kan bahagia dowg tuu sekejap sgt, byk yg sengsara. sampai aku terpaksa derma airmata taw x, mengalir cm air sungai gak la, hoverr habes, ase cm aku termasuk lak dlm citer tu, huhu . mmg siyes sedih, aku tgok kwn2 aku yg laen punye la syok tgok, smbil kt tgn masing2 pgg tisu, biler tanye "weh nges ker ?" haih sume xngaku, "mne ade, mne ade" cehh ingat aku xnmpak la tuu , haha . tp biler da kuar wayang aku ase lawak pun ade gak tgok pe'el masing2. merah jer mata . wkakaka

: kesimpulannyer aku kasik citer nie rating ★ dari 5 ;D . well nie pendapat dari blog aku gadis oren. pendapat orang lain xtaw la kan, masing ade taste & feel masing2 :)

tu diaa besar gedabak punye big apple, huhu




Friday, October 12, 2012

ulangtahun ketiga ♥

assalamualaikum >.<

5/10 genap sudah 3 tahun, baru kejap en ? tapi fuhh semangat nak smpai ke tahap skang mcm2 ribut taufan dah melanda. huhuhu. tp syukur atleast ktorang tetap bertahan. 

lepas da bpe bulan xjumpe so semalam ktorang dpt la spend masa. celebrate anniversary la sgtt, huhu xde ape pun. tgok muvie je lebih, ktorang tgok hantu kapcai & hotel transylvania 3D. dua2 besh, mmg xrugi tgok.

pastu dye lak gatai nak derma darah, so layan kan ajerr ;p

tapi ade something yg ktorang xmungkin lupe smpai bler2, kenangan yang mencemaskan, tapi kelakar pun ade, hahaha . yg nie juz aku n dye jer taw. muehehe


tgh jln sempat lagi snap, xpeduli kiri knan da, wt muke xreti. kih3

dye jual mahal, xmo snap pic ngan bf baru aku mr.c, alaa taw la awk jeles sbb sy syg dye lebih. haha

control macho, mntang2 ade misi comey2 ea.

takot la tuu, sbb tu pndang laen, kamera pun xmo pndang daa.haha

cececeh, peace la knon. lepas pada tuu peace kemane ape pun kemane kan. haha. 

p/s : semoga hubungan nie kekal i'allah ;)

Saturday, September 29, 2012

mintak maaf

assalamualaikum ^^



Entry kali nie aku nak mintak maaf byk2 coz lately aku busy cket, xsempat nak update blog mcm dolu2. Al maklom la skang da ade komitmen pade kerja, so priority tu mestilahh pada kerja dulu, dh kalu x gonernyer nk dpt bonus ujung taon wehh, ke korang nak bg aku bonus ? keh3 (angkat kening). Takde la aku gurau jerr. hehe

If aku ade mase aku akan up entry baru, slow2 lah k. Sebab idea xberape nk mencurah ke ladang gandum lagi wat mase skarang. Cuma idea nak tidur di kala balik kerja & cuti jer ade. Hehehh. Ha lagi satu lau korang singgah blog aku jgn lupe tinggal jejak, aku akan visit blog korang balik, tp lambat la cket orait. Harap korang memahaminyer. TQ

zzZZzz ;p

p/s : rindu mase blaja dulu, hari2 boley up entry ;p




Friday, September 14, 2012

lelaki memang cepat bosan ? hm betol ker ?

assalamualaikum ^^


arini bosan sangat2 so aku decide nak tulis cket, sebenarnyer menda nie da lama bersarang dlm kepala otak aku, aku selalu tertanya2 betol ke lelaki akan mudah or cepat bosan ? bagi aku kadang2 mmg betol pun lelaki nie cepat bosan. tapi kenape ek ? "sedangkan saya dah byk berkorban untuk dia" antara keluhan hati seorang wanita.

punca-punca lelaki cepat bosan kebanyakannyer sbb :

1. terlalu kerap berhubung -> mesej & kol setiap masa, sampai dah xtahu nak cerita pasal ape -> bosan. 

2. dapat awek queen qontrol -> kena kongkong -> rasa xbebas -> bosan.

3. selalu sangat jumpa -> rasa dah xmenarik -> bosan.

4. ada satu tabiat tentang diri korang yang lelaki xsuka -> menyampah/meluat -> bosan.

kesimpulannyer, pempuan kena faham lelaki(perempuan jer?) kena bagi ruang kt dorang, kalo dorang nak buat ape, sume korang kene redho jer, dorang nak keluar ke nak kawan dengan sape2 ke, tu sume korang xboleh campur, kalo kene kencing pandai2 la korang, sbb dorang jer ade hak nak buat semua tu, ade korum empat la katekan =.='

lastly mcm mana nak tahu sama ade lelaki tu tengah bosan or tak dengan korang.

tanda-tanda lelaki dah bosan antaranya :


1. takde masa untuk korang.
sebelum dapat korang tu,tackle setengah mati. sms tak henti-henti,chat la hape la. sampai nk muntah rase. normal lah perempuan ni mudah jatuh cinta bila ada lelaki yang bagi perhatian sikit lama kelamaan korang pun accept cinta dia. after dia dah dapat and korang dah start sayang dia. dia pun mula la jarang mesej korang jarang kol, if dia bz pun dia tak nak bagi tau korang. pastu asyik korang jer yang msg dye dulu. dye haram ! ~ aku taw la sebab aku dah merase, sobs T__T

2. ape yang korang cerita semua dia xberminat nak tahu.
dulu kemain semua pasal korang dia nak korek kini hanya tinggal kenangan.
korang ibarat bercakap dengan tunggul ,korang cakap blablabla...panjang nak mampus. dia "owh,yela". Sampai korang rasa sampai fedup and decide nak putus tapi korang tak sanggup sebab korang sayang dia, tapi dia tak penah cara pun apa korang rasa.so korang pun terus bercakap-cakap dengan harapan dia akan berubah. tapi akhirnyer hati sendiri yang terluka.

3. mengelak pasal kahwin.
orang bila dah bosan dengan kita. kalau cakap sal kahwin pun dah tak berminat. dia akan jawab ala lambat lagilah nak cakap pasal kahwin. tak sedialah, xde duitlah. tapi dulu bukan main cakap bab kahwin dia lah SANG JUARA kalau cakap bab kahwin wah wah "syg jom kahwin, ala kite wat simple2 pun xpe, janji kahwin". sekarang nie macam-macam alasan.Kadang-kadang kita kaum hawa nie bukan nak ajak dia kahwin esok pun !

4. susah nak ucap perkataan "sayang".
bila korang cakap sayang dia. respon dia "ok, samela" atau langsung takde respon. pastu kalo dulu dia panggil korang sayang. eg: "sayang wtpe tuu?" sekarang "dye wtpe 2?".
kalau dia memang dari dulu tak panggil korang sayang-sayang tak pelah tapi kalau dulu dia lain sekarang dia nak ubah mmg lain macam la kann.

5. korang umpama tak wujud.
dia tengah kapel ngan korang tapi dalam masa yang sama dia mengedik ngan pempuan lain, msg la, chat la, webcam la. tu kat belakang, kalo depan2 lagi la saket hati. kalo setakat kawan xpe, kite pun faham. tapi kalo da birahh sangat tu faham2 jela, langsung xhormat perasaan korang kan ? blahh jela. nnti da kahwin xpasal2 dapat madu.

6. terlalu byk alasan.
bila korang ajak jumpe jer, mcm2 alasan dia bagi, bz kerja byklah, xdpt cutilah, xde duitlah, nenek meninggal lah, kucing jiran saketlah..kadang2 tu yang xmasuk dek akal pun ade.

pesanan utk lelaki : kalau anda dah rasa bosan tak nak kat perempuan tu cakap awal-awal supaya dia bleh cari lelaki yang nak siyes dengan dia. korang nak sakitkan hati dia & mainkan dia wtpe ? so kalau korang tak nak cakap terus terang & jujur jer k. ingat jangan suka main perasaan orang nanti akan kena balik.

pesanan untuk perempuan : kalau dah jadi macam nie korang kalau sayang korang bertahanlah, kalau rasa dah tak tahan terus terang apa korang rasa, sebaik-baiknyer bawak la berbincang. 

punyer la panjang entry, mesti bosan nak bace, huhuhu^^

kawan baek waktu senang dan susah ? hm macam-macam

assalamualaikum ^^


malasnyer aku nak taip mukadimah bagai, so aku skip la ekk ? aci jer kan ? hehe >.< 

zaman skang yg maju, moden giler nie aku rase lebih senang nk cari musuh berbanding kawan, kalo kawan sejati tu aku rase berape ketol jer, sobs . xheran sgt la kalo skang manusia lebih selesa berdamping dengan gadjet. tah la mcm2 gadjet da skang, stakat kawan geli2 kt facebook, kt wechat, wassup n lain2 lagi bersepah. xminat sgt aku nak layan wassup ke pe mende (padahal xde npon android,haha)

tapi nak cari kwn sejati nie sgt2 susah. aku pun ade jugak kawan baek a.k.a bestfriend. nak taw ke sape ? rahsiaa oke, sape yang bace pastu dye rase dye bestfren aku, haa betol la tuu. hehehe ;D 

bagi aku dlm idop mmg tersangatlah perlu kwn, xkire la kwn fb ke, blog ke, wassup ke, kwn kerja, sekolah or kolej, semua penting. bukan gilprenn & boyprenn jer penting taww ! (saje bg amaran keras kt diri sendiri)

tapi, tapi...ha ade tapi oke, kite haruslahh berhati2 dlm memilih kwn, janganlah sampai tersalah memilih kwn, sebab dalam ramai2 xsemua pun yang betol2 ikhlas nak berkawan dengan kite. bagi aku kawan nie terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya :

1. kawan sejati@best friend forever.
kawan sejati ialah seseorang yang sentiasa bersama2 dengan kite di waktu susah dan senang. orang yg sentiasa mendengar luahan hati kite, walaupun da ulang berpuluh2 kali (nie aku selalu buat, kesian dowg nk melayan aku, keh3)

2. kawan yg suke jaga tepi kain.
kawan jenis nie mmg xley pakai, tepi kain dalam, spender sumer nak tau. b'kawan semata-mata sebab nak amek tau pasal korang, pastu canang citer pasal korang. yang paling best, biler cerita tu da di tokok tambah siap letak ajinomoto, perencah cukup rasa sume ada sbb nak bagi lagi sedap. ish3

3. kawan tikam belakang.
kawan jenis yang nie mmg xsyok la, xngaku kawan pun xpe, kalo betol kawan xkan sanggup tikam belakang kawan sendiri betol x ? dah la tikam, kalo xsaket xpe, nih saket hati nie sape nak tanggung ? bab dose ko pandai la tanggung sendiri k. huhuhu

4. kawan biskut chipsmore.
kawan mcm nie plak sekejap ada, sekejap takde, rase mcm magic plak. yela time dye susah mcm kucing mengesel jer nak mintak tolong. time kite susah ? belom pape dah hilang. kawan ke nie ? lu pikir sendiri.

p/s : korang dlm kategori yg mana ? btw aku sayang semua kwn2 aku & aku sentiasa ingat korang k, xkire la jahat ke baek ke, so far xde lagi kot yg jahat gler2. huhu. semua ada kekurangan & kelebihan masing2. yg mana terkurang tu lupekan lah, mari mula hidop baruu ! yey ;)


betol jugak kan ? hm, hm, ;p
kbai



Wednesday, September 5, 2012

setelah hampir setahun tak jumpe, akhirnya......

assalammualaikum..


semalam hari selasa kan ? kemarin hari senin kan kan kan ? ye dok korang ? hmm betul lah tu, aku baru lepas cek kalendar =.=' 

oke, hari senin baru nie happy gilerr, coz dapat jumpe aku punyer bff time belajar kt kolej dulu ! almost one year xjumpe kot. akhirnya dpt jugak jumpe :D 

balik je keje terus siap2 jumpe dorang kt berjaya megamall kuantan, dorang da berjimba dulu sebelum aku datang, tak aci :'( tp xpela . mule2 round satu mall then ktorang decide nak pegi karoke kt kuantan parade. aku last karoke tahun lepas ngan dorang, pastu da keje xde makna dah nak g karoke, xde geng T__T
kt tempat karoke, sempat lagi posing2.

siap karoke round2 kt kuantan parade plak, pastu pegi lepak2 kt teluk cempedak, lepak2 tepi pantai. byk sgt kenangan kitorang kt bumi kuantan nie, terutama bg aku, sbb dari aku abes spm lagi aku da duk kuantan. buat diploma pun kt kuantan, now kerja pun kt kuantan. so life aku mmg kt kuantan ^^
nie otw nk p teluk cempedak.


huhu da lame xbermanje dengan mokcik2 nie, rinduuu !

last picture ;)

oke da penat lepak2, snap gamba, perot pun da bunyi lagu goyang inul, nak senang makan mcD jer kt TC. lagipun nak cepat, nak hantar cyeda pegi terminal plak, dye nak balik kedah . 

hmm jam da nak kul 9mlm waktu nie da xbest, cyeda da nak naek bus. yang sara xabes2 duk ckp sedih. huhu lawak pun ade. tp aku ckp xpela lain kali kiter hangout lagi. 


lepas hantar cyeda, aku hantar sara pulak balik lepar. yang xmenahan time aku dari lepar nak balik rumah sewa. huhu seramm wehh, kiri kanan hutan sawit. dah la sowg2. mmg aku xpandang dah cermin. drive laju2 . haha . akhirnyer sampai jgak kt umah ;) mujur ceq tak pape. keh3

tQ for reading, kbye !





Sunday, August 26, 2012

selamat hari raya aidilfitri

assalammualaikum..

selamat hari raya korang ! sedar xsedar hari nie dah pun masuk syawal yg ke 8. sekejap jer masa berlalu kan ? rase mcm baru semalam sambut hari raya. xpuas lak rase, hm hm maklom la tahun 2012 nie dah xsama mcm tahun2 sebelum nie, tahun nie da ade komitmen ngan kerja, so cuti raya pun sekejap jer. raya keempat da start kerja. duet raya pun da xdapat. hu hu hu. lau ade pun mak & abah jer yg kasik kt anak manje dowg nie. haha. manje la sgt (mata ke atas)

aku balik kampung sehari sebelom raya, dekat2 nak bukak pose jugak la baru smpai. 2 jam jer perjalanan, jln xjem langsung, mcm bukan nk raya plak. huhu. tp ase cm sedih lak raya tahun nie sbb xley nk spend masa dengan family, terutama mak & abah. persiapan sumer ala kadar jer, aku juz sempat beli kueh raya jer kt mak. dah tu pagi raya aku sowg jer anak mak & abah yang ada, yang laen turn rumah mak mertua. abg yg sowg tu plak kt lubnan. mujur ade pak sedara, sepupu sepapat raya ngan kami, xdela sunyi sgt, dan yang penting mak abah happy !


tahun nie tema warna kelabu ;)

posing2 jap.

posing lagi, walaupun nmpak cm kayu jer. huhu

dengan family belah abah, tp nie baru cket jer. 

raya kedua berjubah hijau.

en. sayang datang beraya kt rumah, tq dtg dari dungun ke jengka 

p/s : selamat hari raya maaf zahir dan batin ;)


Tuesday, July 31, 2012

budaya menuduh & memfitnah

assalamualaikum..



sejak akhir-akhir nie aku tgok budaya menuduh & fitnah semakin menjadi-jadi di kalangan kita, dan ianya terjadi dari pelbagai aspek termasuklah di dunia siber iaitu facebook, twitter, blog & sebagainya. 


kenapa yer ??? antara alasan yang di berikan adalah "hak kebebasan bersuara"..


bagi pendapat diri aku, sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak menuduh dan memfitnah. setiap orang sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh kehadapan. bukan berfikiran cetek ! menuduh dan memfitnah bukan satu langkah penyelesaian yang baik dan langsung tidak rasional.


seelok-eloknya buat kajian atau selidik dahulu sesuatu perkara sebelum membuat kesimpulan. jangan terlalu mengikut kata amarah lantas menuduh orang lain sesuka hati. 


jika anda ditempat mereka adakah anda suka ? selesa ? bahagia diperlakukan sebegitu ? 


sudahlah menuduh sesuka hati, peluang nak membela diri pun tak di beri ??? adakah ianya adil ??? 


dan mereka yang menuduh sentiasa menang, kalau xmenang malu sendiri pula, sebab dah menunjukkan kebodohan diri sendiri.


"memang lidah tak bertulang, tak terbatas kata–kata." itu ayat yang selalu kita dengar, tapi apa yang dimaksudkan ialah, kalau seseorang sudah mengeluarkan kata-kata dari mulutnya, maka apa yang sudah dikatakan tak boleh di tarik balik, meskipun perkataan tersebut menyakitkan hati orang lain. sebab itulah kita harus menjaga lidah kita, agar kata-kata yang dikeluarkan adalah berkat dan bukan kutukkan ataupun penghakiman yang sia-sia.  


jadi sama-sama lah kita beringat bahwa kita tidak berhak untuk menghakimi orang lain, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.