Wednesday, May 30, 2012

tentang CINTA

Assalamualaikum ^^




Andai telah tertulis tiada jodoh antara dirimu dengan si dia janganlah bersedih, jikalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. 


Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. 


Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    


Ingatlah bahwa cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. 


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. 


Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. 


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.


Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. 


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. 


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. 


p/s : Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami...

Sunday, May 20, 2012

XPOSURE CAMP pasti GEMPAKK !

assalamualaikum ^^




meh nak story mory cket, KHAS buat semua IBU BAPA yang masih tercari2 pengisian yang berguna buat ANAK2 mereka ketika MUSIM CUTI SEKOLAH yang bakal bermula hujung bulan MEI nih~! kami di ASA Explore ada menyediakan XPOSURE CAM, iaitu kem musim cuti sekolah khusus untuk mereka yang berusia 10-17 tahun dengan pelbagai AKTIVITI MENARIK menanti anak2 anda~! yesss~! yesss~! dan yesss lagi~!

untuk pengetahuan anda banyak kelebihan yang akan anak2/adik2 akan DAPAT terutama pengalaman berharga bersama2 kami yang tak mungkin SAMA dengan mana2 TEMPAT~! so buat adik2 program kami khususnya, mari sertai kami di XPOSURE CAMP: 


TARIKH: 26-28 MEI 2012

TEMPAT: IMPIANA COUNTRY RESORT BT.14 HULU LANGAT SELANGOR
BAYARAN: hanya RM140 SEORANG (deposit RM70 bagi yang berminat)    merangkumi kos untuk penginapan(dormitori), makan minum selama program berlangsung, insurans, fail, nota bahan program, booklet, tag nama, headband, penceramah, fasilitator, sijil, cenderahati program dan PENGALAMAN yang cukup berharga~!



bagi yang BERMINAT untuk menyertai XPOSURE CAMP anda boleh menghubungi kami untuk MAKLUMAT LANJUT~!


KLIK SINI UTK KE PAGE XPOSURE CAMP ;)


p/s: TEMPAT adalah TERHAD, siapa cepat dia yang dapat~"together with us" 


Saturday, May 19, 2012

bahaya pil kurus !

Assalamualaikum ^^


Untuk makluman para pembaca jangan sesekali terpengaruh dengan pil-pil kurus yang memberi kesan segera yang di jual di pasaran kerana ianya mungkin mengandungi bahan aktif yang merangsang fungsi otak/kawalan hormon di dalam badan.

Bahan-bahan seperti itu akan bertindak dan memberi kesan segar/membuat badan cepat berpeluh & bertenaga bagi cubaan kali pertama. Ini bertujuan bagi menjadikan pengguna berasa teruja untuk membeli.

Taktik ini biasanya banyak diguna pakai dalam penghasilan makanan tambahan/ubat-ubat untuk menguruskan badan, kerana ianya akan membantu melariskan produk.

Setelah digunakan beberapa kali, kesan positif akan bertukar menjadi negatif, badan akan mula merasa letih/lesu/mengantuk. Mood mereka juga akan berubah atau berasa tidak selesa dengan penggunaan ubat tersebut.

Kadang kala perubahan fizikal turut terjadi apabila pengambilan ubat diberhentikan, fizikal pengguna akan menjadi gemuk secara mendadak.

Biasanya sibutramine digunakan sebagai ubat diet kerana merangsang saraf pada otak supaya berasa kenyang. Ianya juga akan meningkatkan penghasilan hormon adrenalin dan membuatkan pengguna berasa panas/berpeluh bagi membakar lemak.

Namun rangsangan begitu akhirnya akan merosakkan kelenjar hormon. Ini kerana pengambilan ubat yang terlalu lama akan menjejaskan pengeluaran hormon. Akibatnya pengguna akan menjadi gemuk dalam jangka masa yang singkat.

Untuk membaik pulih kerosakan kelenjar hormon adalah sangat sukar & memakan masa yang lama.

Seelok-eloknya bersenamlah untuk meneluarkan peluh & membakar lemak. Kerana ternyata aktiviti bersenam adalah sangat bagus untuk kesihatan.

Sekian info untuk hari ini. 

p/s : xagak2 aku jadi skema hari nie . hahaha ;D

Wednesday, May 16, 2012

di majlis konvokesyen UiTM ke - 76 ;)

assalamualaikum ^^


14 MAY 2012 hari yang cukup bermakna bagi aku, dah penat memerah otak selama 3 tahun akhirnyer berbaloi jua. pada hari tu aku dah pun berjaya mengengam segulung diploma kejururawatan dari UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ;) 


ya allah bersyukur yang teramat sangat ke hadrat illahi, penat lelah aku selama nie berbaloi jugak. walaupun hampir2 nak putus asa waktu belajar dulu. subjek anatomy & physiology la yang paling mencabar bagi aku. rase nak nanges biler mengenangkan susahnyer aku nak belajar subjek tu. maklom la aku nie xdela pandai pun ++ malas plak tu. kih3 


oke meh la nak cerite pasal majlis konvokesyen aku, aku konvo kt UiTM Shah Alam, dulu aku xstudy kt sini, aku study kt Kolej Universiti Shahputra tapi diploma aku kerjasama dengan UiTM, so sbb tu la aku konvo kt UiTM. aku gerak ke Shah Alam 13 MAY, aku juz pegi dengan mak abah & akak ipar aku. yang laen xde pun, semua sibuk dengan komitmen lain, tapi xpela asalkan sumber inspirasi aku ade, iaitu mak & abah kesayangan aku. maklom la anak manja. HAHA


13 MAY aku tdow hotel kt sane EV HOTEL pe mnde tah name dye. susah kot nak dpt hotel, tu pun booking tinggal 1 bilik jer last, tapi layan jela, setakat nak tdow semalaman je ponn. pagi 14 MAY, kul 6.50am terus berambus dari hotel, pegi dewan agong tuanku canselor, UiTM. dalam pukul 8pagi baru start majlis, mmg excited + bosann, sebab aku rase macam lame gilerr. HAHA 


pukul 12.30 cmtu kot majlis selesai, mmg serabai giler time tuu, dah ar jubah aku selekeh tahap gaban, tudung terkelepet. cuaca mmg panas giler. berpeluh mcm hape jer. snap gamba cket2 jer, nak tangkap gamba kt studio pun xsempat sob sob sob T____T . xpela kesian kt mak & abah nk tunggu lame2, dengan cuaca panas lagi. pkul 2 aku da gerak balik Pahang ;) 


nie aku share beberapa gamba kenangan waktu konvo ;)


nie waktu mula-mula sampai.

time nie baru je lepas majlis, xjumpe cari mak & abah. so snap gamba ngan kawan2 seperjuangan dulu . huhu

time nie rase serabut gler.

ade yang control ayu, ade yang xsempat langsung nak kontrol. huhu

oke ini saya !

aku xsempat lambung, budak2 nie da lambung ke mane tahh. 

my beloved parent, sayang sangat2 !

sumber kekuatanku, huhuhu ;p

small family, mak abah, akak ipar & aku ;)

gamba sebelum gerak balik pahang ;)


oke TAMAT la sudahh al-kisah konvokesyen ;)


Thursday, May 10, 2012

ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek/isteri

assalamualaikum ^^




Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, kali nie aku nak mempersembahkan tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.

1. “Kalau awak betul-betul sayang saya, awak akan buat apa yg saya suruh.”
Ape maksud dia? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “Saya tak suka dengan kawan-kawan awak.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “Saya punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “Saya tak cukup bagus untuk awak/saya ni banyak kekurangan.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “Takde mood lah/bosan lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai awak macam mak awak lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau korang cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat korang kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu! Faham ???

9. “Saya tak sukalah baju/kasut/tudung tu…
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang awak tu entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran! 



p/s: So guys berhati-hati sebelum nak keluarkan apa2 ayat. Kalau korang nak si dia jaga hati korang, korang pun kenalah jaga hati si dia. Tak susah pun ;)

Wednesday, May 2, 2012

tips tentang hati seorang wanita



1. sensetif
bukan bererti suka merajuk, jauh sekali untuk mengada-ngada tetapi hanya ingin bermanja & mendapatkan perhatian.


2. cerewet 
bukan nak fussy xtentu hala, tapi nak jugak sang adam mengikut kata-katanya sekali sekala.


3. halus
ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut namun ia mudah tercarik/terkoyak. sama la dengan hati seorang wanita yg halus sifatnyer, mudah tersentuh dan mudah utk beremosi.


4. ikhlas
keikhlasan seorang wanita xperlu diragui.


5. pengorbanan
wanita sanggup berkorban ape saja untuk seseorang yang disayangi, xkira keluarga, suami, mahupun anak2. wanita mengangap meraka adalah kekuatan dalam kehidupan mereka, wanita amat tabah.


6. prihatin
wanita amat peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka, dari sebesar2 perkara sehinggalah sekecil2 perkara.


7. manja
walau dia seorang wanita yang pandai berdikari, naluri wanita masih lagi tetap seorang wanita. suka bermanja & memanjakan. bukan hanya pada lelaki tapi juga sesama wanita. haipp jgn pikir2 bukan2 plak, nie keakraban diantara sahabat wanita laaa :p


8. ego
wanita yang terlalu menyangi kekasihnya sanggup menolak ketepi keegoaanya, demi menjaga hubungan. namun awas jgn terlalu menguji keegoaan wanita. ego seorang wanita juga boleh menjadi tinggi lebih dari kaum lelaki, nak2 lagi kalau dah mula tawar hati. ingat tuu :)


9. cinta
cinta bagi wanita adalah begitu dalam dan tulus.


10. seks
seks bukanlah segala-galanya buat wanita, kerana wanita di ciptakan dengan 9 nafsu & 1 akal. nafsu yang banyak lebih terarah kepada kehendak yg kecil contohnya shopping. lelaki pula 1 nafsu dengan 9 akal. fungsi lelaki adalah membimbing wanita & bukan menghanyutkannyer.


p/s: complicated x wanita ? lelaki pun ape kurangnyer kan3 ? kalau kita fikir senang, semuanyer akan jadi senang, tapi kalau kita fikir susah, semuanyer akan jadi susah. perempuan tu lembut, senang jer nk bikin cair. huhuhu