Tuesday, July 31, 2012

budaya menuduh & memfitnah

assalamualaikum..



sejak akhir-akhir nie aku tgok budaya menuduh & fitnah semakin menjadi-jadi di kalangan kita, dan ianya terjadi dari pelbagai aspek termasuklah di dunia siber iaitu facebook, twitter, blog & sebagainya. 


kenapa yer ??? antara alasan yang di berikan adalah "hak kebebasan bersuara"..


bagi pendapat diri aku, sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak menuduh dan memfitnah. setiap orang sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh kehadapan. bukan berfikiran cetek ! menuduh dan memfitnah bukan satu langkah penyelesaian yang baik dan langsung tidak rasional.


seelok-eloknya buat kajian atau selidik dahulu sesuatu perkara sebelum membuat kesimpulan. jangan terlalu mengikut kata amarah lantas menuduh orang lain sesuka hati. 


jika anda ditempat mereka adakah anda suka ? selesa ? bahagia diperlakukan sebegitu ? 


sudahlah menuduh sesuka hati, peluang nak membela diri pun tak di beri ??? adakah ianya adil ??? 


dan mereka yang menuduh sentiasa menang, kalau xmenang malu sendiri pula, sebab dah menunjukkan kebodohan diri sendiri.


"memang lidah tak bertulang, tak terbatas kata–kata." itu ayat yang selalu kita dengar, tapi apa yang dimaksudkan ialah, kalau seseorang sudah mengeluarkan kata-kata dari mulutnya, maka apa yang sudah dikatakan tak boleh di tarik balik, meskipun perkataan tersebut menyakitkan hati orang lain. sebab itulah kita harus menjaga lidah kita, agar kata-kata yang dikeluarkan adalah berkat dan bukan kutukkan ataupun penghakiman yang sia-sia.  


jadi sama-sama lah kita beringat bahwa kita tidak berhak untuk menghakimi orang lain, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Wednesday, July 18, 2012

bilang padaku apa bezanya kau dan aku ???

assalamualaikum..



aku cume insan biasa yang menumpang di atas bumi milik YANG MAHA PENCIPTA.


hanya kerana aku insan yang penuh kelemahan, penuh cacat cela. hodoh dan xpunya rupa, gedik . kau membandingkan aku dengan kau yang penuh kehebatan, ade rupa & xgedik.


kau mempersoalkan dari aku dari segala aspek, hanya kerana aku tak boley menjadi sempurna seperti apa yang kau nak.


dari segala aspek tentang aku yang kau benci, sekurang-kurangnya aku tak pernah ego untuk meminta maaf, walaupun kadang bukan salah aku. tapi kau ? terlalu ego untuk mengakui kesalahan, apatah lagi memohon maaf.


so apa bezanya kau dan aku ???


demi menyakitkan hati aku, bermacam tomahan di lemparkan. pernah kau kata buat apa ade rupa cantik tapi perangai macam haremm, biar muka hodoh asalkan perangai cantik. aku tertanya-tanya untuk apa perkataan tu ? aku xpernah merasakan rupa aku cantik, cukup bersyukur dengan apa yang allah kurniakan.


so apa bezanya kau dan aku ???


sekurang-kurangnya aku xpernah menghina orang yang hodoh. 

dan bila kau merasa bangga dengan apa yang kau ada, dengan hasil titik peluh kau sendiri, sedangkan aku hanya menumpang hasil titik peluh orang lain. tapi aku tetap berusaha ! biler aku lapar aku makan , biler kau lapar kau pun makan .


so apa bezanya kau dan aku ???


bagi kau aku nie complicated, manja dan penuh emosi. biler aku sedih aku menangis, tapi biler kau sedih, kau pun menangis kan ?
kau membenci peribadi aku, kau nak aku contohi peribadi yang kau ada, kau rase kau cukup sempurna ke ?


silap kau aku xpernah hitung, xpernah cari, tak pernah kaji. tapi orang sehebat kau xpernah lupa menghitung, mencari & mengkaji setiap kesilapan yang aku lakukan.


so ape bezanya kau dan aku ???


sampai satu masa, aku akan mati, jasad dimamah bumi, begitu jugak kau. kau akan mati, jasad kau turut dimamah bumi.


so ape bezanya kau da aku ???

kau sering berkata,jauh bezanya kau dan aku, dan aku xpernah layak untuk kau, maksudnya apa ?
mungkin kau terlupa yang aku dan kau adalah manusia, sepertimana kau benci orang menghakimi diri kau, begitu jugaklah aku benci akan orang yang menghakimi diri aku.

p/s: kau bukan tuhan, kau tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana kau sendiri tiada bezanya dengan orang lain.
aku manusia, kau juga manusia, sampai masa, yang akan menghukum kau dan aku hanyalah ALLAH !










Tuesday, July 17, 2012

aku dan manusia

assalamualaikum..


sebelum tidur rase macam nak taip sesuatu plak, so terhasil lah entry yang korang tengah bace skang :)

duduk sorang2 kadang2 buat aku termenung, kepala ligat berputar. teringat mak abah di kampung, teringat abang2 & kakak, teringatkan anak2 buah. rindu......biarpun aku duduk dekat jer, tapi rindu tak pernah habis. sayang sangat2 kat dorang, satu-satunyer harta dunia akhirat yang aku ada. 

nafas aku tarik perlahan, airmata berlinang aku sapu dengan belakang tangan.

aku manusia biasa, manusia biasa, manusia biasa...

punya hati, punya perasaan.
aku manusia yang penuh dosa, penuh kelemahan.
aku tahu aku cuma insan biasa, bukan mulia.

aku kenal ramai manusia, tapi manusia xpernah kenal siapa aku yang sebenar..

ada yang kenal aku bertahun2 lama, ade yang kenal aku cuma pada suara, ada yang kenal cuma pada nama & ada yang kenal cuma di mukabuku jer.

manusia boleh mengata, mengeji & sebagainyer.
mmg aku hina, buruk, cela di mata manusia, biarlah...asalkan aku xhina di mata allah swt.

aku dipandang kosong & xada langsung rasa hormat untuk aku.
yela aku cuma manusia biasa, bukan mulia.

kau boleh mencari keburukan aku & bandingkan dengan pakaian yang ada pada diri aku, konfem kau berjaya mencari & dapat pulak senaraikan, sungguh !

aku sedih..

manusia dengan mudah mengeji, mencaci sewenang2 tanpa usul periksa. terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir tentang perasaan manusia lain yang menanggung kesan dari kejian & cacian kau lemparkan !

tapi xmengapa, aku sabar memujuk diri sendiri..
aku ada jalan takdir aku sendiri & kau dengan jalan takdir kau..

mungkin salah aku sendiri, terlalu yakin..aku sangka aku dah pun temui, tapi rupanyer masih jauh lagi perjalanan yang aku harus tempuhi..

p/s: biarlah manusia xmengenali diri aku, asalkan allah kenal siapa hambaNYA ini..