Tuesday, July 31, 2012

budaya menuduh & memfitnah

assalamualaikum..



sejak akhir-akhir nie aku tgok budaya menuduh & fitnah semakin menjadi-jadi di kalangan kita, dan ianya terjadi dari pelbagai aspek termasuklah di dunia siber iaitu facebook, twitter, blog & sebagainya. 


kenapa yer ??? antara alasan yang di berikan adalah "hak kebebasan bersuara"..


bagi pendapat diri aku, sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak menuduh dan memfitnah. setiap orang sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh kehadapan. bukan berfikiran cetek ! menuduh dan memfitnah bukan satu langkah penyelesaian yang baik dan langsung tidak rasional.


seelok-eloknya buat kajian atau selidik dahulu sesuatu perkara sebelum membuat kesimpulan. jangan terlalu mengikut kata amarah lantas menuduh orang lain sesuka hati. 


jika anda ditempat mereka adakah anda suka ? selesa ? bahagia diperlakukan sebegitu ? 


sudahlah menuduh sesuka hati, peluang nak membela diri pun tak di beri ??? adakah ianya adil ??? 


dan mereka yang menuduh sentiasa menang, kalau xmenang malu sendiri pula, sebab dah menunjukkan kebodohan diri sendiri.


"memang lidah tak bertulang, tak terbatas kata–kata." itu ayat yang selalu kita dengar, tapi apa yang dimaksudkan ialah, kalau seseorang sudah mengeluarkan kata-kata dari mulutnya, maka apa yang sudah dikatakan tak boleh di tarik balik, meskipun perkataan tersebut menyakitkan hati orang lain. sebab itulah kita harus menjaga lidah kita, agar kata-kata yang dikeluarkan adalah berkat dan bukan kutukkan ataupun penghakiman yang sia-sia.  


jadi sama-sama lah kita beringat bahwa kita tidak berhak untuk menghakimi orang lain, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

No comments: