hanya kerana aku insan yang penuh kelemahan, penuh cacat cela. hodoh dan xpunya rupa, gedik . kau membandingkan aku dengan kau yang penuh kehebatan, ade rupa & xgedik.
kau mempersoalkan dari aku dari segala aspek, hanya kerana aku tak boley menjadi sempurna seperti apa yang kau nak.
dari segala aspek tentang aku yang kau benci, sekurang-kurangnya aku tak pernah ego untuk meminta maaf, walaupun kadang bukan salah aku. tapi kau ? terlalu ego untuk mengakui kesalahan, apatah lagi memohon maaf.
so apa bezanya kau dan aku ???
demi menyakitkan hati aku, bermacam tomahan di lemparkan. pernah kau kata buat apa ade rupa cantik tapi perangai macam haremm, biar muka hodoh asalkan perangai cantik. aku tertanya-tanya untuk apa perkataan tu ? aku xpernah merasakan rupa aku cantik, cukup bersyukur dengan apa yang allah kurniakan.
so apa bezanya kau dan aku ???
sekurang-kurangnya aku xpernah menghina orang yang hodoh.
dan bila kau merasa bangga dengan apa yang kau ada, dengan hasil titik peluh kau sendiri, sedangkan aku hanya menumpang hasil titik peluh orang lain. tapi aku tetap berusaha ! biler aku lapar aku makan , biler kau lapar kau pun makan .
so apa bezanya kau dan aku ???
bagi kau aku nie complicated, manja dan penuh emosi. biler aku sedih aku menangis, tapi biler kau sedih, kau pun menangis kan ?
kau membenci peribadi aku, kau nak aku contohi peribadi yang kau ada, kau rase kau cukup sempurna ke ?
silap kau aku xpernah hitung, xpernah cari, tak pernah kaji. tapi orang sehebat kau xpernah lupa menghitung, mencari & mengkaji setiap kesilapan yang aku lakukan.
so ape bezanya kau dan aku ???
sampai satu masa, aku akan mati, jasad dimamah bumi, begitu jugak kau. kau akan mati, jasad kau turut dimamah bumi.
so ape bezanya kau da aku ???
kau sering berkata,jauh bezanya kau dan aku, dan aku xpernah layak untuk kau, maksudnya apa ?
mungkin kau terlupa yang aku dan kau adalah manusia, sepertimana kau benci orang menghakimi diri kau, begitu jugaklah aku benci akan orang yang menghakimi diri aku.
p/s: kau bukan tuhan, kau tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana kau sendiri tiada bezanya dengan orang lain.
aku manusia, kau juga manusia, sampai masa, yang akan menghukum kau dan aku hanyalah ALLAH !
No comments:
Post a Comment