Sunday, October 2, 2011

10 kaedah meraih kebahagiaan

assalammualaikum >.<

tips meraih kebahagiaan :
  1. melakukan pekerjaan yang anda sukai, bila pekerjaan yang anda sukai sukar diperolehi, maka isikan hobi anda pada waktu terluang.
  2. perhatikankesihatan fizikal, kerana kesihatan fizikal adalah jiwa kepada kebahagiaan. atur rutin makan & minum, biasakan bersenam dan jauhi kegiatan tidak berfaedah dan merugikan.
  3. harus memiliki tujuan dalam hidup, itu akan membuatkan kita lebih semangat.
  4. menjalani kehidupan seadanya, terima pahit manis kehidupan dengan hati yang lapang.
  5. hayati hidup yang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu.
  6. hendaklah selalu berfikir dalam mengambil keputusan, jangan sesekali menyalahkan orang lain di atas keputusan yang telah di ambil & di atas sesuatu yang menimpa anda.
  7. sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
  8. biasakan diri untuk senyum, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
  9. membantu orang lain untuk mengecapi kebahagiaan dan membantu orang yang di dalam kesusahan, semoga kita dapat keberkatan dalam kehidupan.
  10. gunakanlah kesempatan yang masih ada & anggaplah ianya peluang dalam mengecapi kebahagiaan.
4626068191 e0ee80358a o Kisah Pengembaraan Kotak Kecil yang Comel

p/s : ingatlah kebahagiaan adalah hak milik setiap insan, semua orang berhak untuk bahagia, dan takde siape boleh meragut kebahagiaan kite :D

No comments: