Wednesday, May 2, 2012

tips tentang hati seorang wanita



1. sensetif
bukan bererti suka merajuk, jauh sekali untuk mengada-ngada tetapi hanya ingin bermanja & mendapatkan perhatian.


2. cerewet 
bukan nak fussy xtentu hala, tapi nak jugak sang adam mengikut kata-katanya sekali sekala.


3. halus
ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut namun ia mudah tercarik/terkoyak. sama la dengan hati seorang wanita yg halus sifatnyer, mudah tersentuh dan mudah utk beremosi.


4. ikhlas
keikhlasan seorang wanita xperlu diragui.


5. pengorbanan
wanita sanggup berkorban ape saja untuk seseorang yang disayangi, xkira keluarga, suami, mahupun anak2. wanita mengangap meraka adalah kekuatan dalam kehidupan mereka, wanita amat tabah.


6. prihatin
wanita amat peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka, dari sebesar2 perkara sehinggalah sekecil2 perkara.


7. manja
walau dia seorang wanita yang pandai berdikari, naluri wanita masih lagi tetap seorang wanita. suka bermanja & memanjakan. bukan hanya pada lelaki tapi juga sesama wanita. haipp jgn pikir2 bukan2 plak, nie keakraban diantara sahabat wanita laaa :p


8. ego
wanita yang terlalu menyangi kekasihnya sanggup menolak ketepi keegoaanya, demi menjaga hubungan. namun awas jgn terlalu menguji keegoaan wanita. ego seorang wanita juga boleh menjadi tinggi lebih dari kaum lelaki, nak2 lagi kalau dah mula tawar hati. ingat tuu :)


9. cinta
cinta bagi wanita adalah begitu dalam dan tulus.


10. seks
seks bukanlah segala-galanya buat wanita, kerana wanita di ciptakan dengan 9 nafsu & 1 akal. nafsu yang banyak lebih terarah kepada kehendak yg kecil contohnya shopping. lelaki pula 1 nafsu dengan 9 akal. fungsi lelaki adalah membimbing wanita & bukan menghanyutkannyer.


p/s: complicated x wanita ? lelaki pun ape kurangnyer kan3 ? kalau kita fikir senang, semuanyer akan jadi senang, tapi kalau kita fikir susah, semuanyer akan jadi susah. perempuan tu lembut, senang jer nk bikin cair. huhuhu