Saturday, May 19, 2012

bahaya pil kurus !

Assalamualaikum ^^


Untuk makluman para pembaca jangan sesekali terpengaruh dengan pil-pil kurus yang memberi kesan segera yang di jual di pasaran kerana ianya mungkin mengandungi bahan aktif yang merangsang fungsi otak/kawalan hormon di dalam badan.

Bahan-bahan seperti itu akan bertindak dan memberi kesan segar/membuat badan cepat berpeluh & bertenaga bagi cubaan kali pertama. Ini bertujuan bagi menjadikan pengguna berasa teruja untuk membeli.

Taktik ini biasanya banyak diguna pakai dalam penghasilan makanan tambahan/ubat-ubat untuk menguruskan badan, kerana ianya akan membantu melariskan produk.

Setelah digunakan beberapa kali, kesan positif akan bertukar menjadi negatif, badan akan mula merasa letih/lesu/mengantuk. Mood mereka juga akan berubah atau berasa tidak selesa dengan penggunaan ubat tersebut.

Kadang kala perubahan fizikal turut terjadi apabila pengambilan ubat diberhentikan, fizikal pengguna akan menjadi gemuk secara mendadak.

Biasanya sibutramine digunakan sebagai ubat diet kerana merangsang saraf pada otak supaya berasa kenyang. Ianya juga akan meningkatkan penghasilan hormon adrenalin dan membuatkan pengguna berasa panas/berpeluh bagi membakar lemak.

Namun rangsangan begitu akhirnya akan merosakkan kelenjar hormon. Ini kerana pengambilan ubat yang terlalu lama akan menjejaskan pengeluaran hormon. Akibatnya pengguna akan menjadi gemuk dalam jangka masa yang singkat.

Untuk membaik pulih kerosakan kelenjar hormon adalah sangat sukar & memakan masa yang lama.

Seelok-eloknya bersenamlah untuk meneluarkan peluh & membakar lemak. Kerana ternyata aktiviti bersenam adalah sangat bagus untuk kesihatan.

Sekian info untuk hari ini. 

p/s : xagak2 aku jadi skema hari nie . hahaha ;D

4 comments:

Nelly The Strange said...

Nelly terima nadan nelly seadanya .. haha

even ramai kata semakin gemuk !!

Nur Asmida Bt Karim said...

bgi depa nie jalan pintas nk kurus , tpi sebenarnya byk lgi cra len . Nk dgn tknk je kan :)

Cik Yaya said...

yup..btol tu...mcm yaya pon nk kurus tp xde nk amik pil2 yg mragukan..wat cra tradisional lg bek..hehe

gadis oren said...

nelly : yg penting maintai comel , kurus sgt pun xbesh jugakk .

asmida : a'ah antara nak ngan xnak jerr .

yaya : huhu , betol jugak tuuuu .