Sunday, September 25, 2011

doa jodoh...


Ya Allah seandainya telah Kau catatkan
 dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagian diantara kami
agar kebahagiaan itu kekal abadi

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi
maka jodohkanlah kami

tetapi Ya Allah 
seandainya telah Kau takdirkan
dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
menolak bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku sentiasa tenang
walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang Tercinta
pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini

janganlah engkau membiarkan aku sendirian
di dunia mahupun di akhirat
menjuruskanku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

maka kurniakan aku pasangan yang beriman
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakan aku keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah
berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka

AMIN


lagu ISTIKHARAH CINTA by SIGMA 
 

2 comments:

msredcheesecake said...

amin... pasangan beriman insyaAllah akan membahagiakan....

salam kenal yea

gadis oren said...

i'allah .