Sunday, August 26, 2012

selamat hari raya aidilfitri

assalammualaikum..

selamat hari raya korang ! sedar xsedar hari nie dah pun masuk syawal yg ke 8. sekejap jer masa berlalu kan ? rase mcm baru semalam sambut hari raya. xpuas lak rase, hm hm maklom la tahun 2012 nie dah xsama mcm tahun2 sebelum nie, tahun nie da ade komitmen ngan kerja, so cuti raya pun sekejap jer. raya keempat da start kerja. duet raya pun da xdapat. hu hu hu. lau ade pun mak & abah jer yg kasik kt anak manje dowg nie. haha. manje la sgt (mata ke atas)

aku balik kampung sehari sebelom raya, dekat2 nak bukak pose jugak la baru smpai. 2 jam jer perjalanan, jln xjem langsung, mcm bukan nk raya plak. huhu. tp ase cm sedih lak raya tahun nie sbb xley nk spend masa dengan family, terutama mak & abah. persiapan sumer ala kadar jer, aku juz sempat beli kueh raya jer kt mak. dah tu pagi raya aku sowg jer anak mak & abah yang ada, yang laen turn rumah mak mertua. abg yg sowg tu plak kt lubnan. mujur ade pak sedara, sepupu sepapat raya ngan kami, xdela sunyi sgt, dan yang penting mak abah happy !


tahun nie tema warna kelabu ;)

posing2 jap.

posing lagi, walaupun nmpak cm kayu jer. huhu

dengan family belah abah, tp nie baru cket jer. 

raya kedua berjubah hijau.

en. sayang datang beraya kt rumah, tq dtg dari dungun ke jengka ♥

p/s : selamat hari raya maaf zahir dan batin ;)


Tuesday, July 31, 2012

budaya menuduh & memfitnah

assalamualaikum..



sejak akhir-akhir nie aku tgok budaya menuduh & fitnah semakin menjadi-jadi di kalangan kita, dan ianya terjadi dari pelbagai aspek termasuklah di dunia siber iaitu facebook, twitter, blog & sebagainya. 


kenapa yer ??? antara alasan yang di berikan adalah "hak kebebasan bersuara"..


bagi pendapat diri aku, sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak menuduh dan memfitnah. setiap orang sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh kehadapan. bukan berfikiran cetek ! menuduh dan memfitnah bukan satu langkah penyelesaian yang baik dan langsung tidak rasional.


seelok-eloknya buat kajian atau selidik dahulu sesuatu perkara sebelum membuat kesimpulan. jangan terlalu mengikut kata amarah lantas menuduh orang lain sesuka hati. 


jika anda ditempat mereka adakah anda suka ? selesa ? bahagia diperlakukan sebegitu ? 


sudahlah menuduh sesuka hati, peluang nak membela diri pun tak di beri ??? adakah ianya adil ??? 


dan mereka yang menuduh sentiasa menang, kalau xmenang malu sendiri pula, sebab dah menunjukkan kebodohan diri sendiri.


"memang lidah tak bertulang, tak terbatas kata–kata." itu ayat yang selalu kita dengar, tapi apa yang dimaksudkan ialah, kalau seseorang sudah mengeluarkan kata-kata dari mulutnya, maka apa yang sudah dikatakan tak boleh di tarik balik, meskipun perkataan tersebut menyakitkan hati orang lain. sebab itulah kita harus menjaga lidah kita, agar kata-kata yang dikeluarkan adalah berkat dan bukan kutukkan ataupun penghakiman yang sia-sia.  


jadi sama-sama lah kita beringat bahwa kita tidak berhak untuk menghakimi orang lain, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Wednesday, July 18, 2012

bilang padaku apa bezanya kau dan aku ???

assalamualaikum..



aku cume insan biasa yang menumpang di atas bumi milik YANG MAHA PENCIPTA.


hanya kerana aku insan yang penuh kelemahan, penuh cacat cela. hodoh dan xpunya rupa, gedik . kau membandingkan aku dengan kau yang penuh kehebatan, ade rupa & xgedik.


kau mempersoalkan dari aku dari segala aspek, hanya kerana aku tak boley menjadi sempurna seperti apa yang kau nak.


dari segala aspek tentang aku yang kau benci, sekurang-kurangnya aku tak pernah ego untuk meminta maaf, walaupun kadang bukan salah aku. tapi kau ? terlalu ego untuk mengakui kesalahan, apatah lagi memohon maaf.


so apa bezanya kau dan aku ???


demi menyakitkan hati aku, bermacam tomahan di lemparkan. pernah kau kata buat apa ade rupa cantik tapi perangai macam haremm, biar muka hodoh asalkan perangai cantik. aku tertanya-tanya untuk apa perkataan tu ? aku xpernah merasakan rupa aku cantik, cukup bersyukur dengan apa yang allah kurniakan.


so apa bezanya kau dan aku ???


sekurang-kurangnya aku xpernah menghina orang yang hodoh. 

dan bila kau merasa bangga dengan apa yang kau ada, dengan hasil titik peluh kau sendiri, sedangkan aku hanya menumpang hasil titik peluh orang lain. tapi aku tetap berusaha ! biler aku lapar aku makan , biler kau lapar kau pun makan .


so apa bezanya kau dan aku ???


bagi kau aku nie complicated, manja dan penuh emosi. biler aku sedih aku menangis, tapi biler kau sedih, kau pun menangis kan ?
kau membenci peribadi aku, kau nak aku contohi peribadi yang kau ada, kau rase kau cukup sempurna ke ?


silap kau aku xpernah hitung, xpernah cari, tak pernah kaji. tapi orang sehebat kau xpernah lupa menghitung, mencari & mengkaji setiap kesilapan yang aku lakukan.


so ape bezanya kau dan aku ???


sampai satu masa, aku akan mati, jasad dimamah bumi, begitu jugak kau. kau akan mati, jasad kau turut dimamah bumi.


so ape bezanya kau da aku ???

kau sering berkata,jauh bezanya kau dan aku, dan aku xpernah layak untuk kau, maksudnya apa ?
mungkin kau terlupa yang aku dan kau adalah manusia, sepertimana kau benci orang menghakimi diri kau, begitu jugaklah aku benci akan orang yang menghakimi diri aku.

p/s: kau bukan tuhan, kau tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana kau sendiri tiada bezanya dengan orang lain.
aku manusia, kau juga manusia, sampai masa, yang akan menghukum kau dan aku hanyalah ALLAH !