Thursday, November 24, 2011

kenapa putus cinta ?


assalamualaikum 


arini aku nak merungkaikan satu persoalan dalam kotak fikiran aku dan mungkin juga fikiran korang, kenapa putus cinta ? 


JAWAPAN :

  1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA
  4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

p/s : bagi aku cinta ini umpama mawar, rupanya indah, harum, tapi ada duri dan lambat laun ianya akan layu. aku yakin semua orang pasti akan merasakan sakitnya kekecewaan, bumi nie bulat, hari ini kite kt atas, esok lusa kt bawah plak, kan ? ape pun jangan pernah lupe pada cinta HAKIKI, iaitu cinta pada ALLAH SWT. -tiada kene mengena dgn aku-

2 comments:

Phat said...

jodoh ajal maut semua ketentuan Allah SWT

gadis oren said...

phat : yup agree with you :)