Thursday, June 16, 2011

tangisan seorang wanita.


assalamualaikum.

entry sebelum aku tidur malam nie, aku juz nk share tentang airmata gadis/wanita/perempuan & yg sama maksud ngan perkataan yg aku bold tadi. utk para2 lelaki yang baca tolonglah hargailah setitik airmata seorang wanita.

jika seorang wanita menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

jika kamu memegang tangannya pada saat itu, dia akan bersamamu sepanjang hidupmu.

jika kau membiarkan dia pergi, dia akan pergi dan tak akan menjadi dirinya yg kamu kenal dahulu, selamanya !

seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, kecuali dengan insan yang dia sayangi dia akan menjadi lemah.

seorang wanita yang menyayangimu akan sanggup merendahkan egonya dan menitiskan airmata hanya untuk kamu !

wahai kaum adam,

jika seorang wanita menangis keranamu, pegang tangannya dengan penuh pengertian. kerana dia adalah insan yang sanggup dan akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu, di saat susah mahupun senang.

wahai kaum adam, 

jika wanita menangis, tolonglah jangan menyia-nyia kannya. mungkin kerana keputusanmu kau telah merosakkan kehidupannya.

saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis kerananamu. pandanglah jauh ke dalam matanya, dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit ??? yang dirasakan keranamu.

sesungguhnya disebalik kelemahan seorang wanita, dia memiliki sebuah kekuatan yang begitu dasyat. tutur katanya melambangkan kebenaran. SENYUMANNYA satu semangat dan kekuatan bg orang yang dicintai. 

DIA TERSENYUM MELIHAT TEMANNYA TERTAWA.
DIA TERHARU & MENANGIS MELIHAT KESENGSARAAN PADA INSAN YANG DIKASIHINYA.
TITISAN AIRMATA SEORANG WANITA BISA MEMBAWA PERDAMAIAN.

tapi seorang wanita sering dilupai oleh lelaki kerana 1 hal.
"betapa berharga diri seorang wanita"...







No comments: