Monday, June 25, 2012

new LIFE with new HOPE

assalamualaikum !



tayang muke sat naaa , haha

Ya allah lamenyer xupdate blog nie, skang biler da keje nak berblog pun da xde masa, time cuti kdg2 wat OT, kdg2 tu abeskan mase kt katil jer, cas tenaga. huhu^^ . naseb baek la xde back sore sbb lame sgt baring. haha ! ape2 jela aku nie kan . 


Mesti sesetengah tu xtaw kan skang aku da keje dahh, da dekat 2 bulan da pun keje kt cnie. aku keje kt poliklinik jer wat mase skang. saje nak sedut pengalaman byk2. hehe . jauh tu merantau dari pahang ke johor. rindu kt family, kucing n sumer2. rindu nak berblogging. huhuhu . 


Tp ade lagi nak story nie, minggu nie last aku keje kt poliklinik, next month akan mule keje baru. da dapat tawaran keje kt Darul Makmur Medical Centre lak sebagai staff nurse, ALHAMDULILLAH bersyukur sgt2 . mcm2 perasaan ade , happy ade , takot pun ade gak . huhuhu . korang doakan la semoga semuanyer baek2 je okeh ? hehehe 


Sebenarnyer sayang jugak nak resign keje yg sekarang, sbb semua oke jer kt cnie, staff oke, doktor oke . cume certain2 perkara jela, tapi adat la kan, mne ade keje yg xde masalah. kt tempat keje skang kwn2 sume baek2 . doktor pun same , yang paling besh n untung sbb doktor selalu belanja makan . har3 ! sebab tu duduk kt cnie berat badan naek 3kg ! tu baru 2 bulan keje , lau lebih lagi mungkin akan bertambah2 kg lagi . huhuhu ^^


Hari jumaat nie last day kat johor , pastu Gudbye JB ! Hai KUANTAN ! start my new life with new hope ;) harap2 semuanyer oke2 aje , Amin ~


pipi kembong !!!






Wednesday, May 30, 2012

tentang CINTA

Assalamualaikum ^^




Andai telah tertulis tiada jodoh antara dirimu dengan si dia janganlah bersedih, jikalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. 


Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. 


Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    


Ingatlah bahwa cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. 


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. 


Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. 


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.


Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. 


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. 


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. 


p/s : Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami...

Sunday, May 20, 2012

XPOSURE CAMP pasti GEMPAKK !

assalamualaikum ^^




meh nak story mory cket, KHAS buat semua IBU BAPA yang masih tercari2 pengisian yang berguna buat ANAK2 mereka ketika MUSIM CUTI SEKOLAH yang bakal bermula hujung bulan MEI nih~! kami di ASA Explore ada menyediakan XPOSURE CAM, iaitu kem musim cuti sekolah khusus untuk mereka yang berusia 10-17 tahun dengan pelbagai AKTIVITI MENARIK menanti anak2 anda~! yesss~! yesss~! dan yesss lagi~!

untuk pengetahuan anda banyak kelebihan yang akan anak2/adik2 akan DAPAT terutama pengalaman berharga bersama2 kami yang tak mungkin SAMA dengan mana2 TEMPAT~! so buat adik2 program kami khususnya, mari sertai kami di XPOSURE CAMP: 


TARIKH: 26-28 MEI 2012

TEMPAT: IMPIANA COUNTRY RESORT BT.14 HULU LANGAT SELANGOR
BAYARAN: hanya RM140 SEORANG (deposit RM70 bagi yang berminat)    merangkumi kos untuk penginapan(dormitori), makan minum selama program berlangsung, insurans, fail, nota bahan program, booklet, tag nama, headband, penceramah, fasilitator, sijil, cenderahati program dan PENGALAMAN yang cukup berharga~!



bagi yang BERMINAT untuk menyertai XPOSURE CAMP anda boleh menghubungi kami untuk MAKLUMAT LANJUT~!


KLIK SINI UTK KE PAGE XPOSURE CAMP ;)


p/s: TEMPAT adalah TERHAD, siapa cepat dia yang dapat~"together with us"