Tuesday, May 11, 2010

cinta ouhh cinta !

  •  cinta adalah ibarat air .
  • Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita.
  • jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.
  • jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara.
  • jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah .
  •  jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.
Maka jenis air manakah yang kita inginkan ? Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.

No comments: