Thursday, October 20, 2011

kunci kejayaan


sempena malam jumaat yang mulia nie, aku nak kongsi pasal kunci kejayaan, bukan pasal kunci rumah or kunci motor oke. sebenarnyer aku pun bukan la berjaya sgt, so meh la kite same2 blaja macam mane mau berjaye okeh, hehe. dah semestinyer dalam hidup mestilah sumer orang nak berjaya, termasuklah korang semua kan3 ? aku pun same =.=" adehh tulis byk2 pun tak gune, so layan jelah. 

KUNCI KEJAYAAN
  1. taat kepada allah s.w.t & rasulNya
  2. berusaha disertai dengan istighfar & ketaqwaan
  3. meninggalkan perbuatan berdosa/tidak berfaedah
  4. jujur dalam setiap perkara yang ingin dilakukan
  5. tidak malu untuk bertanya
  6. mendengar dengan baik
  7. bersabar 
  8. sentiasa bersyukur
  9. sentiasa berdoa kepada allah s.w.t

p/s : semoga berjaya !



Tuesday, October 18, 2011

resepi kek coklat kukus


assalammualaikum..

1stly sori sgt2 coz lambat up entry resepi nie, line broadband buat hal dalam seminggu nie, xtaw la ape hal tah. resepi nie acctually dapat dari classmate, killa, so kredit to her oke. hehehe :D oke lets start our recipe :)

BAHAN-BAHAN

  1. 1cawan minyak
  2. 1cawan susu cair
  3. 1/2cawan susu pekat
  4. 1cawan gula kasar
  5. 1cawan koko
  6. 3biji telur
  7. 1 1/4 cawan tepung bluekey self raising
  8. soda bikarbonat (sedikit @ 1/2 sudu kecil)
  9. baking powder (1/2 sudu kecil)
CARA-CARA

  1. masukkan bahan dari nombor 1-5 ke dalam kuali, masak sehingga bahan-bahan menjadi sebati.
  2. putarkan 3 biji telur (putar lame sampai berbuih byk)
  3. masukkan bahan2 yang di masak di dalam kuali bersama2 dengan telur yang telah di putar. (putar perlahan)
  4. campur tepung yang telah di ayak bersama2 dengan soda bikarbonat & baking powder bersama2 dengan adunan yang telah diputar.
  5. sediakan bekas, sapu bekas dengan minyak/marjerin.
  6. masukkan adunan ke dlm bekas.
  7. panaskan periuk kukus, kemudian kukus kek 45minit-1jam.

bila da siap jadi la cmnie :




p/s : guna pemutar telur boley, pukul guna tangan pun boley, hehe :D chaiyok2 k !

masalah tak penah habis

assalammualaikum =.="

arini aku geram giler, 1 masalah pegi 1 masalah datang, kdg2 1 masalah pegi 10 masalah datang, haish sabor jela. kali nie dapat notis pindah rumah. yg geramnyer, bknnyer lame lagi ktowg nak duduk kt rumah nie, tinggal sebulan jer lagi. menyusahkan tahu x, ingat senang ke nak pindah randah bagai. eeeeee nak ngamuk jer rase. kalu kena kt batang hidung or anak2 ko sendiri baru ko taw cmne kot. sedihh r cmnie T_____T


p/s : pada sape2 yang mintak resepi kek jap lagi akan di up di entry oke . sorry lambat . hehehe :D
  

Sunday, October 9, 2011

menu minum petang : kek oren kukus


assalammualaikum >.< 

menu minum petang arinie, aku buat kek oren kukus, mmg umphh la. aritu da buat kek coklat kukus, tadi mak suruh tukar buat kek oren plak, dye nak rase. dahla dengan bahan2 xde, pesan kt abah suruh belikan sunquick utk nk bwat kek, aku tggu setengah jam xbalik2 lagi, so apelagi vrooommm2x pecut motor g kedai beli sunquick, berpeluh ketiak cik oren taw x, hehe xde lar men2 jer, wangi lagi nie taw . hehehe :D

nak tgok x hasilnyer ? jeng3x



tu dia, hasilnyerr. saje letak hiasan krim ngan daun limau, baru la nampak gedik cket. huhuhu

p/s : nak resepi bgtahu aku oke :)




Saturday, October 8, 2011

dua pilihan selepas bangun dari tidur


bangun dari tidur, kemudian pejam mata dan sambung bermimpi

atau

bangun, buka mata dan kejar mimpi kamu !

sedapnyer dia tidur, bangun ! bangun ! bangun !

ingat pilihan di tangan anda, tiada siapa yang boleh mengubah naseb diri kita selain diri sendiri dan usaha. tiada usaha yang tidak membuahkan hasil, bersusah-susahlah dahulu, bersenang2 kemudian, betol x ??? 

nota kaki : pesanan ini untuk diri sendiri, heee :D

Friday, October 7, 2011

kek coklat kukus utk anniversary yang ke-2 tahun

assalammualaikum

juz nak tunjuk nie 




utk en.sayang yang jauh dimata dekat dihati, this is our anniversary kek.
6 october, saya buat sendiri walaupun tanpa pemutar telur, sori saya mkn sorang sbb awk jauh sgt T____T
saya sayang awak sampai akhir nafas saya

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

my make-up stuff ^^

assalammualaikum semua :)

hari nie just nak share my make-up stuff, make-up nie sume just collection jer, jarang sgt nak pakai, kalau pakai pun just simple2 mcm foundation, bedak compact, eye liner, mascara & lip balm.

pakai make-up hari2 pun bosan jugak, lagipun xelok sgt utk kulit muka. setakat duduk kt rumah muke x make-up pun xpe, ye dak ? nnti da selalu make-up hilang la seri tuu. sekali tgok muke yg real mak aihh terkezut beruk, time make-up kemaen comey lotey, biler xmake-up muke da cm nenek kebayan. muahaha

ape2 pun layan jela make-up stuff aku nie oke :)

  • aqueous cream 
  • ginvera repair & nourish night cream 
  • krim safi 
  • krim uv whitening  
  • foundation maybelline 
  • johnson baby lotion 
  • essence soft touch mousse make-up 
  • maybelline angelift concealer 
  • compact powder pixy & silky white 
  • bedak tabur johnson 
  • himalaya neem face pack 
  • soap uv whitening 
  • bio oil 



  • avon color eyeshadow 
  • silky girl duo shadow
  • silky girl blockbuster color palette 
  • koi eyeshadow palette
  • trendchic eyeshadow palette 
  • essence silky touch blush 
  • precision liquid eyeliner waterproof silkygirl 
  • lash prism waterproof mascara silkygirl (black)
  • lash maximizer waterproof mascara silkygirl (black) 
  • rhomlon eyebrow pencil (black & brown) 
  • sasa kohl pencil (black)
  • brush case by le masque hazelia 


  • lip ice sheer color mentholatum
  • water color mentholatum 
  • lip ice color gloss mentholatum 
  • color bloom maybelline
  • avon simply pretty colorbliss lipstick
  • nivea lip care cherry
  • honey lipbalm watson 


  • clinelle blemish clear
  • garnier sos blemish clear pen 
  • nixoderm


  • perfume love etc body shop 

oke itu sahaje, yg ade  tu mean i love it, kalu mean i love it so much !

p/s : kecantikan wanita bukanlah terletak pada make-up, tetapi terletak pada jiwanya yang penuh dengan kasih syg maka kecantikan itu akan sentiasa tumbuh :) 


Monday, October 3, 2011

bila dunia dah makin cangih mangih

assalammualaikum ^^

skarang nie dunia dah banyak berubah, moden & canggih manggih, internet di hujung jari, bak kata orang "skarang nie dunia tanpa sempadan" & sekarang nie juge xde perkara yang mustahil. 

disebabkan oleh itu, sesetengah dari kita xpenah mengenal erti kesusahan, celik mata hidup dah senang lenang, mewah ! nak ape saje semua ada, daripada makanan, ckp jer nak makan ape western food ? chinese food ? japanese food ? boleh dpt kt mana2 je. keperluan laen contohnye laptop. mcm2 jenama, cume pilih je, murah mahal sume ada. pakaian pulak ? bukak je internet, tggu pilih, bayar, perkhidmatan pos terus ke rumah pulak tu. 

tapi manusia xpernah puas, xpernah cukup, xpernah bersyukur. kufur pada nikmat yang Allah SWT berikan. hari2 mengeluh, ini xkena itu xkena. jalan jem menyumpah ! barang naik menyumpah ! xdpt bonus menyumpah ! senang kate xde menda yang betul kat mata kite, mulut pulak gatal menyumpah xkecoh pulak satu negara kan ??? mungkin nak tunjuk terer kot. tapi hairan pulak biler dapat bonus sebulan gaji pandai pulak senyap ? harga barang turun senyap ? bila dapat subsidi itu ini senyap ? 

kebanyakan dari kite hanya pandai mengutuk, hanya pandai kondem. tapi siapa kita nie ? siapa ? adakah kite pernah memberi sumbangan dalam membangunkan atau mengharumkan nama negara ? hebat sangat ke kita nie sampai nak mengutuk orang yang bersusah payah memberi kesenangan kepada kite sampaikan kite hidup senang lenang sekarang nie, nak belajar senang, pegi shopping senang, berfesbuk senang, berblogging senang ? tapi kenapa kite xpernah bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang allah SWT berikan kepada kite ? ini ke cara kita membalas budi ? 

kalau kita rasa kita susah, bagaimana dengan nie ?

sedangkan negara kita mcm nie...

 susah macam mana sekalipun kita, ingatlah bahwa masih ada orang yang lebih susah berbanding kita, bersyukurlah dengan nikmat ya allah SWT berikan. 

Allah  Ta’ala berfirman yang ertinya, “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur terhadap (nikmat)-Ku.” (QS. 2: 152)

p/s : sekadar renungan, salah silap mohon ampun dan maaf :D

Sunday, October 2, 2011

10 kaedah meraih kebahagiaan

assalammualaikum >.<

tips meraih kebahagiaan :
  1. melakukan pekerjaan yang anda sukai, bila pekerjaan yang anda sukai sukar diperolehi, maka isikan hobi anda pada waktu terluang.
  2. perhatikankesihatan fizikal, kerana kesihatan fizikal adalah jiwa kepada kebahagiaan. atur rutin makan & minum, biasakan bersenam dan jauhi kegiatan tidak berfaedah dan merugikan.
  3. harus memiliki tujuan dalam hidup, itu akan membuatkan kita lebih semangat.
  4. menjalani kehidupan seadanya, terima pahit manis kehidupan dengan hati yang lapang.
  5. hayati hidup yang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu.
  6. hendaklah selalu berfikir dalam mengambil keputusan, jangan sesekali menyalahkan orang lain di atas keputusan yang telah di ambil & di atas sesuatu yang menimpa anda.
  7. sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
  8. biasakan diri untuk senyum, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
  9. membantu orang lain untuk mengecapi kebahagiaan dan membantu orang yang di dalam kesusahan, semoga kita dapat keberkatan dalam kehidupan.
  10. gunakanlah kesempatan yang masih ada & anggaplah ianya peluang dalam mengecapi kebahagiaan.
4626068191 e0ee80358a o Kisah Pengembaraan Kotak Kecil yang Comel

p/s : ingatlah kebahagiaan adalah hak milik setiap insan, semua orang berhak untuk bahagia, dan takde siape boleh meragut kebahagiaan kite :D