Monday, December 31, 2012

pabila graviti menghenyak diri

Assalamualaikum ^^ 


kah..kah..kah


tak nak buat pendahuluan.

khas untuk semua, actually aku xsuka mkn spaghetti ! gheti tak ? tp kau suruh jugak aku makan. aku terpaksa mkn =.= aku bukan ape, aku rase pelik benau rase dia. huhu . terima la hakikat bahawa lidah aku nie lidah orang kampung. 

ah lupekan pasal spaghetti bolognese or carbonara.

aku nk bersajak malam nie. please jgn gelak, ini serius !

Pabila Graviti Menghenyak Diri.

aku menjauh bukan semata-mata kerana benci, 
bukan kerana aku tak sudi lagi,
dan langsung tak bermakna aku telah mati,

aku masih di sini,
di bumi Allah yang maha menyayangi,
aku mencari diri di pelosok yang tersembunyi,

tolonglah fahami,
jangan terus menghakimi,

saat graviti menghenyak diri,
diri terasa xmungkin untuk bangkit lagi,
yang mampu hanyalah untuk menangisi,

sesungguhnya aku masih menyayangi,
berikan aku masa untuk mencari kesilapan diri ini,
agar tak bisa aku ulangi,

kini aku hanya sendiri,
di temani DIA disisi,
dan aku berdoa agar diri ini DIMAAFI.


p/s : saat aku terjatuh, janganlah hanya berdiri di sisi, hulurkan tangan dan pimpinlah aku. kerana saat itu, dunia seakan kelam, otak hilang fungsi dan seakan jantung berhenti :)